Santa Claus Sek Bih Lian ( D20102044152 ): November 2011

Wednesday, 16 November 2011

A) Garisi kata ganti nama diri yang betul.


1) ( Dia, Mereka ) murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Murni.


2) ( Dia, Mereka ) membantu ayahnya mencuci kereta pada setiap hari minggu.


3) " Mengapakah ( awak, saya ) tidak mengikut ibu bapa melawat ke luar negara?" tanya Abu kepada Malini.


4) ( Dia, Beliau ) merupakan Perdana Menteri yang disanjungi rakyat.


5) " ( Kalian, Mereka ) dikehendaki beratur di luar kelas sekarang," pesan Cikgu Anis kepada murid-murid.


6) " Marilah ( kami, kita ) bermain batu seremban bersama-sama," kata Laila kepada kawan-kawannya.



B) Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

( saya       kamu       baginda       beliau       patik       anda  )


1) ___________ sedang bersantap dengan permaisuri di istana.


2) "____________ dikehendaki mengisi borang ini," kata pegawai   bank kepada pelanggan itu.


3) " Bolehkah ______________ keluar, cikgu?" minta murid itu.


4) ____________ merupakan salah seorang usahawan yang terkenal di dunia.


5) " Bilakah ___________ kan jalani latihan itu?" tanya Aziz kepada Vivien.


6) " Ampun tuanku, sembah ____________ harap diampun," sembah Temenggung kepada Raja Sulaiman.