Santa Claus Sek Bih Lian ( D20102044152 )

Sunday, 30 October 2011

Kata Hubung 连词

<>
dan / serta 和 ( 用来表示同样或相等的事情 )
Aziz pergi ke sekolah.
Mizi pergi ke sekolah.

Aziz dan Mizi pergi ke sekolah.
atau 或 ( 用来表示选择 )
Nora akan balik ke sini hari ini.
Nora akan balik ke sini esok.

Nora akan balik ke sini hari ini atau esok?
lalu 接着 ( 用来表示连续进行的活动 )
Tamanah bangun.
Tamanah naik ke pentas.

Tamanah bangun lalu naik ke pentas.
sambil 一面 / 同时 ( 用来表示同时进行的两件事情 )
Siti menyanyi di atas pentas.
Siti menari di atas pentas.
Siti menyanyi sambil menari di atas pentas.
kerana 因为 ( 用来表示原因 )
Abang tidak pergi ke sekolah.
Abang sakit perut.

Abang tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
tetapi 但是 / 可是( 用来表示相对的事情 )
Komputer riba kecil.
Komputer riba ada banyak fungsinya.
Komputer riba kecil tetapi ada banyak fungsinya.

apabila 当 ( 用来表示进行的时间 )
Muthu bersorak.
Pasukan sekolah kami menang.
Muthu bersorak apabila pasukan sekolah kami menang.

sebelum 之前 ( 用来表示时间 )
Mei Fong mencuci tangan.
Mei Fong makan nasi.

Mei Fong mencuci tangan sebelum makan.
selepas 之后 ( 用来表示时间 )
Loceng berbunyi.
Murid-murid berhimpun di padang.

Selepas loceng berbunyi, murid-murid berhimpun di padang.
supaya / agar 以便 ( 用来表示达致某种目的 )
Murid-murid belajar bersungguh-sungguh.
Murid-murid berjaya dalam peperiksaan.

Murid-murid belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan.

No comments:

Post a Comment