Santa Claus Sek Bih Lian ( D20102044152 )

Monday, 5 December 2011


A.    Garisi kata sendi nama yang betul.
1.      Mereka berjalan-jalan ( pada, di ) pantai ( pada, di ) waktu senja.
2.      Murid-murid disuruh ( oleh, kepada ) pengawas beratur ( di, dari ) luar bilik darjah.
3.      Ibu membeli sepasang kasut yang baru ( dari, kepada ) Kedai Kasut Bata ( untuk, daripada ) adik.
4.      Kami akan bertolak ( kepada, ke ) Pulau Langkawi ( dengan, oleh ) kapal terbang.
5.      Surat ( daripda, dari ) kakak ada ( pada, di ) saya.

B.     Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.
ke
daripada
dari
kepada
pada
di
daripada
dengan
oleh
dengan
pada


1.      Periuk yang diperbuat ­­­­­­­­­___________ keluli ini dibeli ___________ ibu.
2.      Cik Sarah mengesat mulutnya __________ sapu tangan.
3.      Suasana __________ kampung saya sunyi sepi ___________ waktu malam.
4.      Ibu memberikan ubat ____________ adik yang demam.
5.      Kunci pintu perpustakaan ada ___________ Cikgu Maniam.
6.      Rakyat Malaysia terdiri ________________ pelbagai bangsa.
7.      Kapal terbang ___________ Brunei sudah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
8.      Nadia bercadang berkunjung _____________ Pulau Sipadan bersama ____________ kawan-kawannya.




C.     Lengkapkan ayat dengan frasa sendi yang sesuai.
daripada kereta import
ke destinasi
di dewan
dari Filipina
pada setiap pagi
kepada adiknya

1.      Pengurus yang baru itu berasal __________________________________________.
2.      Ravina menghadiahkan sekotak pensel warna ______________________________.
3.      Rombongan lawatan itu telah berangkat _________________________________.
4.      Pak Leman bersenam ___________________________________.
5.      Kereta buatan Malaysia lebih murah ____________________________________.
6.      Murid-murid diminta berhimpun ________________________________________.

No comments:

Post a Comment